Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Sunday 30 September 2012

Konvokesyen Kolej Risda ke-11




ehemmm2..hehe..tiba-tiba rasa teruja semacam je nak update blog nie..maklum la baru lepas konvo kan..hehe..akhirnya merasa jugak Aishah konvo selepas 3 tahun menetap di melaka..tak sia-sia rupanya selama ni Aishah merantau dinegeri orang..walaupun tak berapa jauh..alaa Pahang ---> Melaka.. kalau naik bas ada la dalam 3 jam dah sampai..jauh mana la sangat kan.. Syukur..pergorbanan dalam menuntut ilmu tu tak pernah Aishah rasa menyesal.. Impian nak pegang segulung Diploma tu berjaya akhirnya.. Selepas ni Insyaallah, segulung Ijazah.. ok..! Lupa pulak, konvokesyen Aishah diadakan di Dewan Sri Endon, Puspanita Puri Putrajaya ... Heii gembiranya bila dah tiba hari yang kita nantikan selama nie..tapi yang sebenarnya niat dihati nak jumpa kawan-kawan DPiM.. rindu sangat-sangat kat diorang nie..maklumla..selama 3 tahun bersama..kenangan tu banyak sangat..alih-alih lepas je final exam kami semua kena berpisah..tu adalah saat yang paling sedih sekali.. but we are here together..Terima kasih Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk pertemuan sekali lagi.. tapi dalam gembiranya, ada rasa sedih dihati, geng Aishah ada yang tak dapat datang..Insyaallah bulan 11 kita akan jumpa lagi di UiTM.. :)



PUTRAJAYA 25 Sept. - Sebanyak 75 peratus daripada graduan Kolej RISDA berjaya menempatkan diri di alam pekerjaan khususnya dalam bidang pertanian manakala selebihnya melanjutkan pelajaran.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hasil kajian tahun lepas itu membuktikan kolej tersebut berjaya melahirkan graduan yang dijamin peluang kerja berikutan mendapat pekerjaan di syarikat swasta dan awam.
“Pencapaian ini suatu yang membanggakan. Kolej RISDA kini menepati permintaan industri terutamanya pertanian dan perladangan.
“Pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang dan pertanian secara khusus menjadikan graduan kolej ini mampu menghadapi cabaran serta suasana persekitaran di tempat kerja," katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA di sini hari ini.
Tambah Rahim, dalam era globalisasi yang kian mencabar serta iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif, Kolej RISDA akan memberi perhatian kepada keupayaan melahirkan graduan untuk terus bersaing dengan negara maju yang lain selain ingin menjana lebih ramai insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
‘‘Oleh itu kita harus membuat persediaan rapi untuk menjana satu tenaga kerja yang mahir dan berpendidikan tinggi dalam bidang kritikal, ahli-ahli perakaunan, usahawan dan saintis serta jangan dinafikan peluang dan potensi bidang pertanian itu sendiri seperti yang dikehendaki pasaran kerja global," katanya.
Jelas Rahim, Kolej RISDA juga akan mengadakan kerjasama dengan universiti dari luar negara seperti Belanda dan Taiwan, selain program kerjasama yang telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melahirkan lulusan Bachelor Hortikultur dan Lanskap.
Rahim memberitahu, Kolej RISDA kini sedang melalui fasa kedua dalam program pembangunan ke arah Kolej Universiti setelah lebih 10 tahun beroperasi.
“Kolej RISDA benar-benar komited ke arah menjadi sebuah Kolej Universiti. Insyallah dalam dua tahun ini kita akan berubah wajah kepada sebuah institut pengajian tinggi yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran dalam melahirkan graduan yang menjadi aset penting kepada kelestarian pembangunan negara," katanya.



we pround to be PLANTERS..
CONGARATES..!!


with my brother...

--> kita jumpa lagi di konvo uitm ye..LOL

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...