Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Thursday 6 December 2012

" Yang Indah Itu... Aku "


Kecantikan itu bersifar subjektif. cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan rupa paras, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika kita mengharapkan sesuatu yang Allah ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlanya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi sejata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitanh dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya dengan seadanya.

dan yang paling penting sekali, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Cantik didunia, tidak membawa sebarang kebahagian di akhirat kelak. cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan kelihatan cantik.

dan " Yang Indah Itu.. Aku "


CANTIK ITU SUBJEKTIF !





Saturday 17 November 2012

Segmen Pendek : Nak Masuk Blogslist Miss z


Assalamualiakum.w.b.t....


miss Z berceloteh




Friday 5 October 2012

SEGMEN LYSAA FAIZUREEN : Kenapa Aku Berblog?



kenapa korang berblog ? 
It's my online diary...ada orang suka guna diari tapi Aishah lebih sukakan BLOG..x payah nak beli diari dan luahkan semua dalam diari..kalau ada buku diari mesti dah banyak & rasa membazir je..blog senang...anytime I can update..easy & simple..lagipun melalui blog Aishah boleh design ikut kegemaran Aishah..:)

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? 
First time Aishah bukak blok Maria Elena terus jatuh cinta..suka cara dia berblogging & yang paling teruja bila lecturer Aishah yang memperkenalkan blog Maria Elena..terima kasih Maam..hehe..

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? 
untuk kongsi semua perasaan Aishah dengan teman blogger..diorang semua adalah penasihat yang terbaik sekali walaupun tak pernah bertemu..LOL..

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Just a simple blog & a little story about me..drop for a while & u'll know all about me..
thank you..


Sunday 30 September 2012

Konvokesyen Kolej Risda ke-11




ehemmm2..hehe..tiba-tiba rasa teruja semacam je nak update blog nie..maklum la baru lepas konvo kan..hehe..akhirnya merasa jugak Aishah konvo selepas 3 tahun menetap di melaka..tak sia-sia rupanya selama ni Aishah merantau dinegeri orang..walaupun tak berapa jauh..alaa Pahang ---> Melaka.. kalau naik bas ada la dalam 3 jam dah sampai..jauh mana la sangat kan.. Syukur..pergorbanan dalam menuntut ilmu tu tak pernah Aishah rasa menyesal.. Impian nak pegang segulung Diploma tu berjaya akhirnya.. Selepas ni Insyaallah, segulung Ijazah.. ok..! Lupa pulak, konvokesyen Aishah diadakan di Dewan Sri Endon, Puspanita Puri Putrajaya ... Heii gembiranya bila dah tiba hari yang kita nantikan selama nie..tapi yang sebenarnya niat dihati nak jumpa kawan-kawan DPiM.. rindu sangat-sangat kat diorang nie..maklumla..selama 3 tahun bersama..kenangan tu banyak sangat..alih-alih lepas je final exam kami semua kena berpisah..tu adalah saat yang paling sedih sekali.. but we are here together..Terima kasih Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk pertemuan sekali lagi.. tapi dalam gembiranya, ada rasa sedih dihati, geng Aishah ada yang tak dapat datang..Insyaallah bulan 11 kita akan jumpa lagi di UiTM.. :)



PUTRAJAYA 25 Sept. - Sebanyak 75 peratus daripada graduan Kolej RISDA berjaya menempatkan diri di alam pekerjaan khususnya dalam bidang pertanian manakala selebihnya melanjutkan pelajaran.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hasil kajian tahun lepas itu membuktikan kolej tersebut berjaya melahirkan graduan yang dijamin peluang kerja berikutan mendapat pekerjaan di syarikat swasta dan awam.
“Pencapaian ini suatu yang membanggakan. Kolej RISDA kini menepati permintaan industri terutamanya pertanian dan perladangan.
“Pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang dan pertanian secara khusus menjadikan graduan kolej ini mampu menghadapi cabaran serta suasana persekitaran di tempat kerja," katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA di sini hari ini.
Tambah Rahim, dalam era globalisasi yang kian mencabar serta iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif, Kolej RISDA akan memberi perhatian kepada keupayaan melahirkan graduan untuk terus bersaing dengan negara maju yang lain selain ingin menjana lebih ramai insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
‘‘Oleh itu kita harus membuat persediaan rapi untuk menjana satu tenaga kerja yang mahir dan berpendidikan tinggi dalam bidang kritikal, ahli-ahli perakaunan, usahawan dan saintis serta jangan dinafikan peluang dan potensi bidang pertanian itu sendiri seperti yang dikehendaki pasaran kerja global," katanya.
Jelas Rahim, Kolej RISDA juga akan mengadakan kerjasama dengan universiti dari luar negara seperti Belanda dan Taiwan, selain program kerjasama yang telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melahirkan lulusan Bachelor Hortikultur dan Lanskap.
Rahim memberitahu, Kolej RISDA kini sedang melalui fasa kedua dalam program pembangunan ke arah Kolej Universiti setelah lebih 10 tahun beroperasi.
“Kolej RISDA benar-benar komited ke arah menjadi sebuah Kolej Universiti. Insyallah dalam dua tahun ini kita akan berubah wajah kepada sebuah institut pengajian tinggi yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran dalam melahirkan graduan yang menjadi aset penting kepada kelestarian pembangunan negara," katanya.



we pround to be PLANTERS..
CONGARATES..!!


with my brother...

--> kita jumpa lagi di konvo uitm ye..LOL

Thursday 20 September 2012

Hargailah..Anugerah-Nya


; Tersentuh saatmembaca artkal ini..

Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini.
Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih, sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemuliaan dan darjat yang tinggi di sisi Allah  hanya kerana  kesetiaan perintah sang pencipta.
Siapakah Muslimah dimaksudkan?
Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan "wanita"  mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi  mengatasi  lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.
Dalam Al-quran Allah mengangkat darjah wanita dengan  berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan  kesamaan  hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita.
Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya  lebih gemar  membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi  harga diri yang susut nilainya.
Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani  segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak.  Mereka itulah muslimah.

Mahalkan harga dirimu
Arus permodenan yang semakin menghambat manusia kepada keduniaan, adalah pemusnah utama wanita . Lihat sahaja pada hari ini bertapa kemodenan yang kononnya menggambarkan kemajuan sebuah bangsa umpama pedang yang sentiasa menunggu mangsanya. Islam tidak pernah menolak kemodenan malah menyeru umatnya untuk sentiasa kehadapan dalam pelbagai perkara ,malangnya faktor ini tidak difahami secara mendalam oleh kebanyakkan kita.
Wanita abad ini seakan semakin hilang sifat malu seolah-olah menolak fitrah . Aurat mereka sengaja didedahkan untuk menjadi bahan bakar diakhirat kelak. Pergaulan mereka tidak lagi dipagari oleh batas-batas agama, apatah lagi mahu menjaga maruah diri, Semunya dianggap sebagai "kebebasan" , soal agama  pula  hanya dijadikan alasan sebagai kolot dan pembeban hidup.
Mencabar hukum yang telah ditetapkan Agama umpama sengaja menempah derita. Ungkapan sebegitu mungkin tidak keterlaluan untuk ditujukan kepada golongan wanita yang semakin ego mencabar Allah. Buktinya , kaum hawa semakin ligat  "memperjudikan" larangan-larangan agama tanpa segan silu mengulanginya.
Melahirkan anak luar nikah angkara sumbang mahram sudah menjadi kebiasaan , ia bukan perkara yang memeranjatkan . Menonjolkan "kecantikan" sehingga membelakangi batas syariat pula perkara biasa, maka tidak perlu hairan jika mendapat tahu wanita kian lebih kehadapan dalam serba serbi serbi tingkah laku, semuanya sudah  menjadi gaya hidup yang tidak mampu dipisahkan.
Platform terbaik untuk wanita islam menunjukkan taring mereka dapat di lihat di Institusi Pengajian tinggi . Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan wanita pada hari ini. Jika diteliti, sosial kaum wanita di universiti perlu dirawat segera. Saban hari, kegilaan mereka untuk menagih perhatian semakin melarat. Jika dahulu asalnya bertudung labuh kini telah disingkatkan, dari seorang yang biasa kini sudah memakai wangi-wangian, pergaulan tidak lagi dikawal,  malah berpeleseran berlainan jantina sudah dijadikan rutin harian.
Paling menyedihkan, kaum hawa terus membiarkan "imej" sebagai umat islam dicalari dengan ikutan budaya luar. Tidak ramai yang memelihara keistimewaan yang dikurniakan Allah  kepada mereka. Tatkala agama islam  sangat mengharapkan pemuda dan pemudinya menyuburkan kembali  hidup yang penuh dengan kelazatan bersyariat, umatnya pula seakan-akan sengaja mengabaikannya. Kesimpulannya , dimanakah tanggungjawab kita?

Cabaran  sebagai Muslimah
Menyusuri kehidupan sebagai seorang muslimah bukanlah indah seperti yang dijangka .Cabaran yang mereka lalui begitu getir, tidak mampu untuk ditafsirkan dengan kewarasan akal.  Namun di sebalik cabaran itu terselit 1001 keredhaan dan Rahmat dari-Nya. Mereka juga asalnya hanya wanita biasa di dunia ini, tetapi mengapa  coretan kisah mereka  sehingga terpahat dalam  al- quran? Mari kita selongkari perjalanan wanita-wanita pilihan Allah .
Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa.
Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk  dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah.  Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya .
Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa,
"Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"?
Debaran semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui perantaraan malaikat-Nya,
"ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."
Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai  wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya  jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara.
Tewas sekali lagi
Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah musuh-musuh islam yang setia menanti kekalahan umat islam.  Kemenangan sudah pasti berpihak kepada mereka tatkala melihat wanita islam terikut-ikut dengan gaya hidup yang dianjurkan mereka . Status sebagai umat islam tidak lagi menggentarkan mereka , ia bukan lagi ancaman yang menggerunkan, sebaliknya musuh-musuh islam hanya tertawa melihat kepada "kebodohan" umat islam yang begitu mudah dipengaruhi. Sejarah tumbangnya kegemilangan islam pada zaman Turki Uthmaniah pada suatu ketika dahulu belum menyedarkan kita. Sejarah yang begitu perit untuk ditelan seakan mahu berulang lagi. Kali ini kita kecundang tanpa pertempuran, tetapi kecundang kerana tidak ada pendiriaan. Kita seolah-olah masyarakat yang begitu mudah untuk diperkotak-katik dan terus diperalatkan . Ironinya, jalan penyelesaian kemudharatan ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang sanggup mengharungi  liku-liku hidup sebagai seorang muslimah.

Manisnya pernikahan kerana iman


"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."





Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Akhirnya mereka bernikah. Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang" 
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati mereka suami isteri."




Wednesday 19 September 2012

Jom tingkatkan followers sampai lebam




suka join segmen diatas..sekarang followers aishah dah makin bertambah selepas di unprivatekn..hehe..

followers sekarang adalah...

47 ORANG..








Wednesday 18 July 2012

Bulan cinta dan sayang..Oh Ramadhan..


eh..! gambar apa pulak nie..cuba tenogok dulu..



dah faham kan..bulan sya'aban dah tinggal 2 hari je..ok..,esti semua da bersedia nak berpuasa kan..kat sini Aishah ada sediakan niat untuk berpuasa..eh kenapa ada dua niat..?? sebenarnya dua2 tu adalah niat untuk berpuasa tapi 1 tu niat sebulan terus..kalau sape2 yang malas atau confious dah niat ke belum baik korang niat sebulan terus..senang kan... yang bawah tu niat untuk seharian...kalau Aishah la kan, aishah terus niat utntuk sebulan, bukan apa takut confious dah niat ke belum..asihh..!! macam dah tua je kan..hehe

Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
ok..done..!!  SALAM RAMADHAN..

Sunday 15 July 2012


Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT. 
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul kesabaran mengajar erti kehidupan

Friday 6 July 2012

Double Date..




ollaaaaaa.....
aisshhh..makin penuh sawang blog aishah sejak kebelakangan nie...
maklumla,,, da lama tak update apa-apakan..sorry la sayang..
bukan apa sejak tanam anggur yang tak menjadi nie makin malas jadinya..
ok...kali nie nak bercerita pasal double date yang aishah tak rancang pun sebenarnya,,hehe..
mula-mula camnie..kawan aishah si Azzim nie mesej aishah ajak keluar lepak..disebabkan memang tak ada buat apa-apa kat rumah so aishah setuju la..lagipun keluar ramai-ramaikan..seriusly, rindu giler kat member-member sekolah dulu..Alhamdulillah. persahabatan kitaorang masih kekal walaupun tinggal berjauhan..almaklumlah..lepas je spm semua da merantau..sebab tu la kitaorang bila je balik kampung mesti plan keluar sama-sama..walaupun sentiasa berhubung dalam facebook atau telefon..

Keesokkan harinya Azzim datang rumah aishah, macam biasala da macam mam besar lak..siap berjemput lagi..kalau nak tau azzim dengan aishah dah macam adik-beradik..kitaorg memang rapat..dah siap jemput aishah, kitaorang pergi rumah adik angkat aishah, yati a.k.a awek si azzim nie..selalunya kitaorang lepak kat jerantut je tapi bila kereta dia dah menghala ke temerloh barula dia bagitau nak pergi tengok wayang..aishah fikir kalau tengok mesti kat mentakab, kalau kat mentakab mesti dapat jumpa NURUL HIJAN SHAHMADDIN..bestfriend aishah kat kolej dulu..apalagi terus mesej Ijan..die pon on je..waa..excited giler,,lama dah tak jumpa sejak kitaorang habis study kat kolej dulu..tapi sebelum tu aishah dah tanya azzim boleh tak..yess!! dia bagi..memang sporting la..hehe



ok ni la bestfriend aishah sejak dari sekolah lagi..
ABDUL AZZIM ISMAIL..
 sampai je kat Starmall member-member yang lain dah tunggu..hehe..wayang la pulak..


NURUL HIJAN SHAHMADDIN

penat jalan-jalan kat Starmall..walaupun tak bukak sepenuhnya tapi ok la..satu mall kitaorang pusing..
thanks la ijan sebab sudi luangkan masa dengan aku..:)

Friday 25 May 2012

Sebahagian daripada hakikat cinta



Seringkali kita menyebut cinta, namun kita tidak akan mampu untuk mentafsirkan dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.

Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.

Kemudian datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada diantara mereka tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.

Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sedihnya sekali lagi kita tertipu dengan "hakikat" ini, Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh dengan perasaan cinta. Mahu tidak mahu kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun, bila pintu hati diketuk, kita sekali lagi kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang. Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya dengan penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ayah ibu. Lain cara kita menyayangi ayah, dan lain pula cara kita menyayangi ibu. Kita sayang kepada abang, dan kita cinta adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita menyintai B. bagi insan bernama lelaki. lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.

Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib tau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai Mee kari dan Spagheti, kek dan cupcake dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.

Cuma wanita lebih gerun jika "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah dimatanya. Indah itu subjektif, begitu juga dengan cantik...

Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang lemah. Seorang lelaki perlu melindungi seorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita  sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat. Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa dihati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat mendalam dan sangat subjektif. Jangan mengharap menjadi "yang satu" di hati, tetapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh diuji dan berubah.

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hatikita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhanti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaan yang indah. Perasaan yang dikongsi itu benar.

Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati, cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita dengan tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ladi dari sebelum ini..

Monday 9 April 2012

DPIM BATCH 3 - friends



" aku telah mengenali beberapa sahabat..
masing-masing mereka punya keistimewaan..
masing-masing mereka punya kelemahan..
namun , aku menyayangi mereka..
kehadiran mereka mengukuhkan apa yang terlonggar di jiwaku..
kewujudan mereka memberi seri pada senyumanku..
keikhlsan mereka menjadi pautan pada keikhlasanku...
kebaikan mereka membangkitkan semangat pada perjalanan hari-hari ku..
kudoakan mereka bahagia selalu..."


 01 Julai 2009 hingga 03 April 2012...


ucapan terakhir dari muhammad faizal zainuddin & 
mohd khairuddin sabri bacaan doa..amin...



mereka yang menjadi tulang belakang kami..
membantu kami supaya kuat menempuh segalanya...
susah senang kami bersama..harungi segala cabaran..

tiada yang mustahil bagi kami...
ramai yang kata planters hanya untuk kaum adam sahaja tapi kami telah membuktikan
kaum hawa juga mampu berada sama 'level' dengan mereka..

I'M PROUD TO BE WITH ALL OF YOU..
THE MOMENT WE MAKE TOGETHER..

'ONE FOR ALL, ALL FOR ONE'

planter's...
khairuddin 
zulhelmi 
izzuan 
mohd azim
ariff
hanif
hassan din
naqiuddin
shahir
syamsul nizam
syahril nizam
aqmal hakim
azri norisham
asya'ri
rufiat
farhan rosli
wan mohd fazli
belly bob
hafizi yusof
faizal zainuddin
umar razki
firdaus
adam shafie
adam ubadah

aisyah abu bakar
sharina ezwani
hamizatulain
raihan farhana
aminah amila 
nurul hijan
nurul aini'
farrah fareeda
hafezatuldawani
aishah elias
hidayah taopik
atikah ahmad
athirah azhar
intan nurliana
siti nadrah
mashitah salleh
nor azila
norazira


" Ya Allah! sahabatku buah hatiku. 
Mesra kami penawar duka.
 Rindu kami menambah cinta.
 Rajuk kami membuah ceria.
 YA Allah! Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah. 
Permusuhan kami, nauzubillah.
 Berpisah hanya dengan mati, InsyaAllah. 
Pengikat hati kami rabithah marthotillah..."  


Saturday 31 March 2012

the cute chicken v/s the cute girl..



I got this from the most cute girl...
love u la...
walaupun lambat bagi hadiah sempena hari lahir saya yang ke-21..
but almost thank you dear...
saya akan hargainya...

INTAN NURLIANA BINTI ABDUL GHANI



p/s : xde idea la nk berceloteh panjang..

finish




fullstop...
finish my last final axam...!!!
thanks god..
Thank ma and abah...!!
i love u all...

Friday 30 March 2012

kita adalah KAWAN...


:: dalam setiap gambar ada cerita..
cerita tentang diri kita...
cerita tentang kawan kita..
cerita tentang persahabatan yang terjalin antara kita....
bila kita mula kenal..?
bila kita mula rapat..?
bila kita mula keluar bersama..?
bila kita mula bercerita antara satu sama lain..?
bila kita mula ada persefahaman..?
bila kita mula bertikam-lidah..?
bila kita mula gelak bersama-sama...?
bila kita mula menangis bersama-sama..?
mungkin kita dah lupa semua tu..tapi persahabatan yang dibina tak mungkin kita lupa..?








Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan....

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan saya-saya.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan
yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan 
baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan 
baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita
bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, 
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita
bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik 
kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan 
perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...