Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Sunday 31 July 2011

Marhaban YA Ramadhan...

salam semua...waa kejapnye rasa....
dah masuk bulan ramadhan kan...
selalu kita sambut puasa bulan 11 tapi sekarang bulan 8..
apa2 pun kita selalu menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran...
banyak keistimewaan disebaliknya...
kat sini tie nak kongsi sikit kelebihannya...

i- pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup sepanjang bulan ramadhan...
ii- syaitan diikat supaya kita dapat menjalani ibadah dengan penuh keikhlasan..
iii- bau mulut orang puasa lebih harum daripada bauan kasturi...

dan yang paling kita tunggu ialah malam Lailatul Qadar....
tak ramai yang dapat melihat malam tersebut...
insyaallah kalau kita rajin bangun malam kita akan dapat merasainya..
orang kata malam tu istimewa sangat..
semua tumbuhan,gunung-ganang dan segala ciptaan ALLAH TAALA akan sujud kepada NYA...
tie nak sangat tengok dan rasai malam Lailatul Qadar tu...
insyaallah...
isshh banyak lagi keistimewaan...
so korang kena hayatinya..
tak lengap rasanya kalau kita puasa tapi tak menunaikan solat terawih..
setiap terawih yang kita buat tu ada keistimewaannya sendiri...
kat sini tie nak share fadhilat terawih...

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua 
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar




so kat sini tie nak ucapkan...


SELAMAT TINGGAL SYABAN
SELAMAT DATANG RAMADHAN


lisan kadang-kadang tak dijaga
janji kadang-kadang terabai
hati kadang-kadang berprasangka
sikap kadang-kadang menyakitkan...

hidup ini menjadi indah jika masih ada kemaafan...
selamat menyambut ramadhan al mubarak semoga Allah merahmati kita..
amin...

to my family...
selamat menyambut bulan ramadhan..
ma, masuk ni da kali ke-3 kak x dapat nak sambut puasa sekali dengan ma , abah ngn adik2 yang lain...
tahun ni tie puasa dengan kawan-kawan rumah sewa...
to all my friend AISYA ABU BAKAR, INTAN NURLIANA, IZATULAJUAH,HIDAYAH
selamat berpuasa...

dan tak lupa jugak untuk buah hati tie..
awak...selamat menyambut bulan ramadhan...





Saturday 30 July 2011

BEZA antara Cinta, Sayang, Minat Dan Suka




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

but deep in my heart, i really2 'SUKA,SAYANG,MINAT & CINTA"
kamoo sayang....


sy:syg sy x..cinta sy x...
awk:giler ap..
sy: :(..ok 
awk: msti la syg awk..cinta awk...
gler ap sy x syg n cnta awk...



Ku tak bisa mnjdi

Lbih dri ape yg trdya nmun ku
Ttap mnjnji akn msh mncba
Mmjuk hti mu mncntai aku





Tuesday 26 July 2011

DPIM is the WINNER ....!!!!!




Assalamualaikum.w.b.t....
hyee...lama kan tak jumpa...hehe...
apa yang terbaru ye...
tie nak kongsi kejayaan dengan korang semua...
memang best la walaupun penat..




waa...beznye...hehe tp malas sebenarnya nak bangun pagi....
baju tema kami adalah BERSIH...
eh bukan baju kuning tu tau...
kitaorang kena pakai baju warna putih...
BERSIH dan SUCI lagi tu...hehe









team NETBALL...



and the last thing...we are the champion....
saat yang paling gembira....
thanks guys for your support..
& tak lupa jugak kepada team bola jaring sebab menang dan menjadi juara....
TERBAIK la...next time kita pegang lagi ye...


*muka dah gelap...:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...