Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Wednesday 14 March 2012

Buat ADAM...


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnye, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah dengan senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Inikah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.



Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauhi dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Janagn kau kotori kasih dan cintanya pada Ilaahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang dengan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang kepada perempuan.
andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal penjuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...