Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Friday, 25 May 2012

Sebahagian daripada hakikat cinta



Seringkali kita menyebut cinta, namun kita tidak akan mampu untuk mentafsirkan dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.

Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.

Kemudian datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada diantara mereka tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.

Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sedihnya sekali lagi kita tertipu dengan "hakikat" ini, Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh dengan perasaan cinta. Mahu tidak mahu kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun, bila pintu hati diketuk, kita sekali lagi kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang. Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya dengan penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ayah ibu. Lain cara kita menyayangi ayah, dan lain pula cara kita menyayangi ibu. Kita sayang kepada abang, dan kita cinta adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita menyintai B. bagi insan bernama lelaki. lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.

Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib tau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai Mee kari dan Spagheti, kek dan cupcake dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.

Cuma wanita lebih gerun jika "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah dimatanya. Indah itu subjektif, begitu juga dengan cantik...

Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang lemah. Seorang lelaki perlu melindungi seorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita  sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat. Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa dihati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat mendalam dan sangat subjektif. Jangan mengharap menjadi "yang satu" di hati, tetapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh diuji dan berubah.

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hatikita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhanti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaan yang indah. Perasaan yang dikongsi itu benar.

Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati, cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita dengan tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ladi dari sebelum ini..

Monday, 9 April 2012

DPIM BATCH 3 - friends



" aku telah mengenali beberapa sahabat..
masing-masing mereka punya keistimewaan..
masing-masing mereka punya kelemahan..
namun , aku menyayangi mereka..
kehadiran mereka mengukuhkan apa yang terlonggar di jiwaku..
kewujudan mereka memberi seri pada senyumanku..
keikhlsan mereka menjadi pautan pada keikhlasanku...
kebaikan mereka membangkitkan semangat pada perjalanan hari-hari ku..
kudoakan mereka bahagia selalu..."


 01 Julai 2009 hingga 03 April 2012...


ucapan terakhir dari muhammad faizal zainuddin & 
mohd khairuddin sabri bacaan doa..amin...



mereka yang menjadi tulang belakang kami..
membantu kami supaya kuat menempuh segalanya...
susah senang kami bersama..harungi segala cabaran..

tiada yang mustahil bagi kami...
ramai yang kata planters hanya untuk kaum adam sahaja tapi kami telah membuktikan
kaum hawa juga mampu berada sama 'level' dengan mereka..

I'M PROUD TO BE WITH ALL OF YOU..
THE MOMENT WE MAKE TOGETHER..

'ONE FOR ALL, ALL FOR ONE'

planter's...
khairuddin 
zulhelmi 
izzuan 
mohd azim
ariff
hanif
hassan din
naqiuddin
shahir
syamsul nizam
syahril nizam
aqmal hakim
azri norisham
asya'ri
rufiat
farhan rosli
wan mohd fazli
belly bob
hafizi yusof
faizal zainuddin
umar razki
firdaus
adam shafie
adam ubadah

aisyah abu bakar
sharina ezwani
hamizatulain
raihan farhana
aminah amila 
nurul hijan
nurul aini'
farrah fareeda
hafezatuldawani
aishah elias
hidayah taopik
atikah ahmad
athirah azhar
intan nurliana
siti nadrah
mashitah salleh
nor azila
norazira


" Ya Allah! sahabatku buah hatiku. 
Mesra kami penawar duka.
 Rindu kami menambah cinta.
 Rajuk kami membuah ceria.
 YA Allah! Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah. 
Permusuhan kami, nauzubillah.
 Berpisah hanya dengan mati, InsyaAllah. 
Pengikat hati kami rabithah marthotillah..."  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...