Followers
Saturday, 19 January 2013
Wednesday, 9 January 2013
Officially .. Sweet 22.. Really..?
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Allhamdulillah, syukur kepada-Mu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi-Mu ini. Terasa sekejap masa yang berlalu. Masih terasa belaian seorang ibu yang melahirkan ku ini. Terngiang-ngiang gelak ketawa, tangisan ketika masih kecil, saat diri ini mula belajar bertatih. Kata ibu, aku seorang anak yang manja ketika waktu kecil. Suka merengek dan menghentak kaki jika tidak diberi perhatian dan segala permintaan. Bila diingat balik, terasa malu kerana berkelakuan begitu. Tapi itulah lumrah ketika kecil. Tidak mengerti lagi dunia kehidupan yang sebenar. Ibu senyum saat bercerita, senyuman itu membuatkan aku bahagia. Terasa terlalu banyak kasih sayang dari ibu. Tapi itu semua hanya seketika, ketika melihat adik disisi aku mula beralah dari semua aspek. Menjadi seorang yang penyayang, mendahulukan adik-adik, melindungi mereka. Ya, itulah tanggungjawab seorang kakak kepada adik-adiknya.
Ketika di alam kanak-kanak. Ibu mula risau kembali, Alahai ma. Aku masih anak gadismu ibu. jangan risau ma.. Perangai lasak, sebijik macam lelaki,aku kembali ketawa, hidup ni penuh dengan gelak ketawa. Bila diingatkan balik, betul kata ma, perubahan demi perubahan yang berlaku kepada diriku. seoarang yang manja menjadi seorang yang lasak. Mungkin kerana persekitaran dan pergaulan bersama bersama abang dan teman-temannya. Ya, aku tersangatlah rapat dengan mereka. Dimana mereka melepak, disitulah adanya aku. Nasib baik abang seorang yang sangat sporting, mungkin sebab itu aku lebih rapat dengan dirinya. Boleh bergaduh, gelak ketawa bersama, menangis bersama dan berkongsi apa-apa pun masalah. kadang-kadang ibu pening melihat tingkah kami. Don't worry mom. hehe. Dan yang paling penting, dia sangat menjaga batas pergaulan aku sebagai seorang perempuan, dan yang paling aku tak suka bila datang perangai dia yang suka 'control' tak tentu pasal tu. I know my dear, u worried about me, right.
Tahun berlalu, aku masih seperti dulu tapi yang pasti apabila menginjak ke alam sekolah menengah aku mula mengawal tingkah laku sebagai seorang perempuan. Senyuman ibu kembali terukir . I love u mom ! . Penampilanku yang 'boyish' juga semakin luput. Well, akhirnya aku berjaya berubah. Allhamdulillah. tapi ada la sikit-sikit perangai nakal dengan lasak tu lagi. Susah nak buang semua, sayang kot..haha sorry ma :( . Tapi tak tau la kenapa, kalau berkawan ni mesti lagi selesa dengan lelaki, kata orang lagi 'kamcing' la. Bukan tak suka kawan dengan peerempuan ni tapi lelaki ni dia lagi ambil berat kalau dalam persahabatan dan senang nak faham. Of couse la perempuan pun ada perangai macam tu jugak tapi lain la sangat-sangat. Sebab tu aku lagi senang berkawan dengan lelaki. Jutaan terima kasih kepada Abdul Azzim b. Ismail yang menjadi sahabat aku selama nie, almost 10 years old our friendship. Oh no !
Now, officially i'm 22 years old. Macam ngingau siang hari je. Wake up Aishah ! not in dream ok ! Bertalu-talu kawan bagi ucapan selamat hari lahir kat handphone, kat Facebook, & twitter. Jutaan terima kasih semua sebab ingat hari lahir budak senget ni. Tapi yang tersentap bila ada yang bagi ucapan selamat hari tua, waa. Muda lagi ok. But, chill laa. Ada pulak hari lahir nak sentap bagai ni, apa kelas ! . Thank you, thank you, thank you so much Dear ! Dalam masa yang sama, ramai yang tanya tak sambut ke, banyak dapat hadiah, mesti dapat hadiah dari yang TERsayangkan. sejujurnya dari hati yang kecil ni, aku memang tak harapkan ada kejutan jamuan a.k.a birthday party, kalau boleh cukupla ada doa selamat. Haa, yang pasal hadiah pulak, memang la aku ada usik kawan-kawan nak hadiah tapi tu semua gurau je, cukupla kalau mereka doakan yang terbaik untuk aku. Itulah doa yang paling tak ternilai sekali, dan kat mana-mana kedai tak jual hadiah macam tu. Doakan Aishah ye kawan-kawan ! . Dan yang terakhir tu, dari TERsayang, mestila dapat. Doa dari ma dengan abah, dan tak lupa ucapan dan doa dari abang dan adik-beradik. Thanks a lot ! Merekalah yang TERsayang buat aku selama-lamanya.
Doa dari seorang senior ketika sekolah menengah. Yes, u always pray for me, thank you Mie. Doa ni buat aku mengalir air mata, menusuk kedalam hati.
Ya Allah, yang maha mengampuni setiap zarah kemurkaan...
pada detik kelahiran saudara seIslamku ini, dia suci daripada memungkiri perintahmu, maka pada hari ini ampunkanlah dosanya sesuci kelahirannya,
Ya Allah, yang maha melihat setiap titisan embun kebumi...
sewaktu dia mula melihat dunia, dia telah diazankan & diiqomahkan dengan seruan agamaMu, maka janganlah engkau biarkan dia walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu...
Ya Allah, yang maha membolak balikkan hati hambanya...
dia amat lemah dengan ujian mu, tetapkanlah hatinya pada agamamu & sentiasa mentaati perintahmu serta didiklah dia dengan al-quran & sunnah rasul mu...
Ya Allah, yang maha mengetahui setiap detikan jantung,...
aku sayang kepadanya Ya Allah, jadikanlah dia dikalangan tenteramu & jauhkan dia dari melakukan maksiat serta terimalah ibadahnya agar dia tidak mencium azab mu...
Ya Allah, hambamu ini merayu kepadaMU,...
berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmatMu, sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya, Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya, agar dia tidak lupa kepada makhlukMu yang lain..
Allahumma Amien.. Allahumma Amien.. Allahumma Amien..
hanya kiriman doa keutuskan kepadaMu Ya Allah untuk dirinya
Terimalah doa hambamu yang kerdil ini..amien
pada detik kelahiran saudara seIslamku ini, dia suci daripada memungkiri perintahmu, maka pada hari ini ampunkanlah dosanya sesuci kelahirannya,
Ya Allah, yang maha melihat setiap titisan embun kebumi...
sewaktu dia mula melihat dunia, dia telah diazankan & diiqomahkan dengan seruan agamaMu, maka janganlah engkau biarkan dia walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu...
Ya Allah, yang maha membolak balikkan hati hambanya...
dia amat lemah dengan ujian mu, tetapkanlah hatinya pada agamamu & sentiasa mentaati perintahmu serta didiklah dia dengan al-quran & sunnah rasul mu...
Ya Allah, yang maha mengetahui setiap detikan jantung,...
aku sayang kepadanya Ya Allah, jadikanlah dia dikalangan tenteramu & jauhkan dia dari melakukan maksiat serta terimalah ibadahnya agar dia tidak mencium azab mu...
Ya Allah, hambamu ini merayu kepadaMU,...
berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmatMu, sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya, Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya, agar dia tidak lupa kepada makhlukMu yang lain..
Allahumma Amien.. Allahumma Amien.. Allahumma Amien..
hanya kiriman doa keutuskan kepadaMu Ya Allah untuk dirinya
Terimalah doa hambamu yang kerdil ini..amien
Finally, i'm wake up ! yes, i'm sweet 22 years old ..

Thanks to those who love me,
you made my heart bigger,
Thanks to those who hated me,
you made me a stronger person,
Thanks to those who care,
you made me feel important,
Thank to those who envied me,
you made my self-esteem grow,
Thanks to those who worried,
you let me know that you care,
Thanks to those who stay,
you show me the meaning of true friends,
Thanks to those who left,
you show me that not everything is forever,
Thanks to those who entered my life,
you made me who I am today.
Monday, 7 January 2013
That Was My Love Story
When my love story begin.. 27/12/2012
when i was alone, when i feel so bad.. when i really2 need someone to stay with me, when i need shoulder to cry..
someone come to me, hope to be able to fill the hole in my heart,
a person who brings hope that no more sorrow..
give his love and promise to complement each other
to make me happy everyday, help to forget all the pain,
he make me laugh every second,
he stay with me when i have a problem,
yes, i fell in love with all is kindness, he helped me to forget the painful memories,
sometimes, he made me forget that he was with me,
after a few month, much i distrust,
I realized, i'm just transit point for him, there is someone who is still waiting for him, now, he leave me forever,
06/01/2013
just the way, i'm alone now..
no more messages from him, no more good morning greetings,
no more words to my spirit, all lost in the blink of an eye..
give you a chance to get back in your life, you allow for more from me, you forget all your promises to me, you forget her dishonesty, you forget all the pain that he made, you close the space for me
yes, i'm broken heart..
you forget all my sacrifices for you,
now are you happy with your old lover,
thank you for everything, for my pain,
but, i'm alone..
i miss all the moment with you..
Thursday, 6 December 2012
" Yang Indah Itu... Aku "
Kecantikan itu bersifar subjektif. cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan rupa paras, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika kita mengharapkan sesuatu yang Allah ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlanya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi sejata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitanh dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya dengan seadanya.
dan yang paling penting sekali, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
Cantik didunia, tidak membawa sebarang kebahagian di akhirat kelak. cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan kelihatan cantik.
dan " Yang Indah Itu.. Aku "
CANTIK ITU SUBJEKTIF !
Saturday, 17 November 2012
Friday, 5 October 2012
SEGMEN LYSAA FAIZUREEN : Kenapa Aku Berblog?
kenapa korang berblog ?
It's my online diary...ada orang suka guna diari tapi Aishah lebih sukakan BLOG..x payah nak beli diari dan luahkan semua dalam diari..kalau ada buku diari mesti dah banyak & rasa membazir je..blog senang...anytime I can update..easy & simple..lagipun melalui blog Aishah boleh design ikut kegemaran Aishah..:)
Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?
First time Aishah bukak blok Maria Elena terus jatuh cinta..suka cara dia berblogging & yang paling teruja bila lecturer Aishah yang memperkenalkan blog Maria Elena..terima kasih Maam..hehe..
Apa tujuan utama/asal korang berblog ?
untuk kongsi semua perasaan Aishah dengan teman blogger..diorang semua adalah penasihat yang terbaik sekali walaupun tak pernah bertemu..LOL..
Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Just a simple blog & a little story about me..drop for a while & u'll know all about me..
thank you..
Labels:
Imani Aishah
Sunday, 30 September 2012
Konvokesyen Kolej Risda ke-11
ehemmm2..hehe..tiba-tiba rasa teruja semacam je nak update blog nie..maklum la baru lepas konvo kan..hehe..akhirnya merasa jugak Aishah konvo selepas 3 tahun menetap di melaka..tak sia-sia rupanya selama ni Aishah merantau dinegeri orang..walaupun tak berapa jauh..alaa Pahang ---> Melaka.. kalau naik bas ada la dalam 3 jam dah sampai..jauh mana la sangat kan.. Syukur..pergorbanan dalam menuntut ilmu tu tak pernah Aishah rasa menyesal.. Impian nak pegang segulung Diploma tu berjaya akhirnya.. Selepas ni Insyaallah, segulung Ijazah.. ok..! Lupa pulak, konvokesyen Aishah diadakan di Dewan Sri Endon, Puspanita Puri Putrajaya ... Heii gembiranya bila dah tiba hari yang kita nantikan selama nie..tapi yang sebenarnya niat dihati nak jumpa kawan-kawan DPiM.. rindu sangat-sangat kat diorang nie..maklumla..selama 3 tahun bersama..kenangan tu banyak sangat..alih-alih lepas je final exam kami semua kena berpisah..tu adalah saat yang paling sedih sekali.. but we are here together..Terima kasih Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk pertemuan sekali lagi.. tapi dalam gembiranya, ada rasa sedih dihati, geng Aishah ada yang tak dapat datang..Insyaallah bulan 11 kita akan jumpa lagi di UiTM.. :)
PUTRAJAYA 25 Sept. - Sebanyak 75 peratus daripada graduan Kolej RISDA berjaya menempatkan diri di alam pekerjaan khususnya dalam bidang pertanian manakala selebihnya melanjutkan pelajaran.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hasil kajian tahun lepas itu membuktikan kolej tersebut berjaya melahirkan graduan yang dijamin peluang kerja berikutan mendapat pekerjaan di syarikat swasta dan awam.
Pencapaian ini suatu yang membanggakan. Kolej RISDA kini menepati permintaan industri terutamanya pertanian dan perladangan.
Pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang dan pertanian secara khusus menjadikan graduan kolej ini mampu menghadapi cabaran serta suasana persekitaran di tempat kerja," katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA di sini hari ini.
Tambah Rahim, dalam era globalisasi yang kian mencabar serta iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif, Kolej RISDA akan memberi perhatian kepada keupayaan melahirkan graduan untuk terus bersaing dengan negara maju yang lain selain ingin menjana lebih ramai insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Oleh itu kita harus membuat persediaan rapi untuk menjana satu tenaga kerja yang mahir dan berpendidikan tinggi dalam bidang kritikal, ahli-ahli perakaunan, usahawan dan saintis serta jangan dinafikan peluang dan potensi bidang pertanian itu sendiri seperti yang dikehendaki pasaran kerja global," katanya.
Jelas Rahim, Kolej RISDA juga akan mengadakan kerjasama dengan universiti dari luar negara seperti Belanda dan Taiwan, selain program kerjasama yang telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melahirkan lulusan Bachelor Hortikultur dan Lanskap.
Rahim memberitahu, Kolej RISDA kini sedang melalui fasa kedua dalam program pembangunan ke arah Kolej Universiti setelah lebih 10 tahun beroperasi.
Kolej RISDA benar-benar komited ke arah menjadi sebuah Kolej Universiti. Insyallah dalam dua tahun ini kita akan berubah wajah kepada sebuah institut pengajian tinggi yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran dalam melahirkan graduan yang menjadi aset penting kepada kelestarian pembangunan negara," katanya.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hasil kajian tahun lepas itu membuktikan kolej tersebut berjaya melahirkan graduan yang dijamin peluang kerja berikutan mendapat pekerjaan di syarikat swasta dan awam.
Pencapaian ini suatu yang membanggakan. Kolej RISDA kini menepati permintaan industri terutamanya pertanian dan perladangan.
Pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang dan pertanian secara khusus menjadikan graduan kolej ini mampu menghadapi cabaran serta suasana persekitaran di tempat kerja," katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA di sini hari ini.
Tambah Rahim, dalam era globalisasi yang kian mencabar serta iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif, Kolej RISDA akan memberi perhatian kepada keupayaan melahirkan graduan untuk terus bersaing dengan negara maju yang lain selain ingin menjana lebih ramai insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Oleh itu kita harus membuat persediaan rapi untuk menjana satu tenaga kerja yang mahir dan berpendidikan tinggi dalam bidang kritikal, ahli-ahli perakaunan, usahawan dan saintis serta jangan dinafikan peluang dan potensi bidang pertanian itu sendiri seperti yang dikehendaki pasaran kerja global," katanya.
Jelas Rahim, Kolej RISDA juga akan mengadakan kerjasama dengan universiti dari luar negara seperti Belanda dan Taiwan, selain program kerjasama yang telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melahirkan lulusan Bachelor Hortikultur dan Lanskap.
Rahim memberitahu, Kolej RISDA kini sedang melalui fasa kedua dalam program pembangunan ke arah Kolej Universiti setelah lebih 10 tahun beroperasi.
Kolej RISDA benar-benar komited ke arah menjadi sebuah Kolej Universiti. Insyallah dalam dua tahun ini kita akan berubah wajah kepada sebuah institut pengajian tinggi yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran dalam melahirkan graduan yang menjadi aset penting kepada kelestarian pembangunan negara," katanya.
we pround to be PLANTERS..
CONGARATES..!!
with my brother...
--> kita jumpa lagi di konvo uitm ye..LOL
Thursday, 20 September 2012
Hargailah..Anugerah-Nya
; Tersentuh saatmembaca artkal ini..
Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini.
Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih, sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemuliaan dan darjat yang tinggi di sisi Allah hanya kerana kesetiaan perintah sang pencipta.
Siapakah Muslimah dimaksudkan?
Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan "wanita" mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi mengatasi lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.
Dalam Al-quran Allah mengangkat darjah wanita dengan berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan kesamaan hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita.
Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya lebih gemar membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi harga diri yang susut nilainya.
Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak. Mereka itulah muslimah.
Mahalkan harga dirimu
Arus permodenan yang semakin menghambat manusia kepada keduniaan, adalah pemusnah utama wanita . Lihat sahaja pada hari ini bertapa kemodenan yang kononnya menggambarkan kemajuan sebuah bangsa umpama pedang yang sentiasa menunggu mangsanya. Islam tidak pernah menolak kemodenan malah menyeru umatnya untuk sentiasa kehadapan dalam pelbagai perkara ,malangnya faktor ini tidak difahami secara mendalam oleh kebanyakkan kita.
Wanita abad ini seakan semakin hilang sifat malu seolah-olah menolak fitrah . Aurat mereka sengaja didedahkan untuk menjadi bahan bakar diakhirat kelak. Pergaulan mereka tidak lagi dipagari oleh batas-batas agama, apatah lagi mahu menjaga maruah diri, Semunya dianggap sebagai "kebebasan" , soal agama pula hanya dijadikan alasan sebagai kolot dan pembeban hidup.
Mencabar hukum yang telah ditetapkan Agama umpama sengaja menempah derita. Ungkapan sebegitu mungkin tidak keterlaluan untuk ditujukan kepada golongan wanita yang semakin ego mencabar Allah. Buktinya , kaum hawa semakin ligat "memperjudikan" larangan-larangan agama tanpa segan silu mengulanginya.
Melahirkan anak luar nikah angkara sumbang mahram sudah menjadi kebiasaan , ia bukan perkara yang memeranjatkan . Menonjolkan "kecantikan" sehingga membelakangi batas syariat pula perkara biasa, maka tidak perlu hairan jika mendapat tahu wanita kian lebih kehadapan dalam serba serbi serbi tingkah laku, semuanya sudah menjadi gaya hidup yang tidak mampu dipisahkan.
Platform terbaik untuk wanita islam menunjukkan taring mereka dapat di lihat di Institusi Pengajian tinggi . Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan wanita pada hari ini. Jika diteliti, sosial kaum wanita di universiti perlu dirawat segera. Saban hari, kegilaan mereka untuk menagih perhatian semakin melarat. Jika dahulu asalnya bertudung labuh kini telah disingkatkan, dari seorang yang biasa kini sudah memakai wangi-wangian, pergaulan tidak lagi dikawal, malah berpeleseran berlainan jantina sudah dijadikan rutin harian.
Paling menyedihkan, kaum hawa terus membiarkan "imej" sebagai umat islam dicalari dengan ikutan budaya luar. Tidak ramai yang memelihara keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tatkala agama islam sangat mengharapkan pemuda dan pemudinya menyuburkan kembali hidup yang penuh dengan kelazatan bersyariat, umatnya pula seakan-akan sengaja mengabaikannya. Kesimpulannya , dimanakah tanggungjawab kita?
Cabaran sebagai Muslimah
Menyusuri kehidupan sebagai seorang muslimah bukanlah indah seperti yang dijangka .Cabaran yang mereka lalui begitu getir, tidak mampu untuk ditafsirkan dengan kewarasan akal. Namun di sebalik cabaran itu terselit 1001 keredhaan dan Rahmat dari-Nya. Mereka juga asalnya hanya wanita biasa di dunia ini, tetapi mengapa coretan kisah mereka sehingga terpahat dalam al- quran? Mari kita selongkari perjalanan wanita-wanita pilihan Allah .
Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa.
Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah. Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya .
Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa,
"Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"?
Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa.
Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah. Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya .
Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa,
"Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"?
Debaran semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui perantaraan malaikat-Nya,
"ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."
Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara.
Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara.
Tewas sekali lagi
Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah musuh-musuh islam yang setia menanti kekalahan umat islam. Kemenangan sudah pasti berpihak kepada mereka tatkala melihat wanita islam terikut-ikut dengan gaya hidup yang dianjurkan mereka . Status sebagai umat islam tidak lagi menggentarkan mereka , ia bukan lagi ancaman yang menggerunkan, sebaliknya musuh-musuh islam hanya tertawa melihat kepada "kebodohan" umat islam yang begitu mudah dipengaruhi. Sejarah tumbangnya kegemilangan islam pada zaman Turki Uthmaniah pada suatu ketika dahulu belum menyedarkan kita. Sejarah yang begitu perit untuk ditelan seakan mahu berulang lagi. Kali ini kita kecundang tanpa pertempuran, tetapi kecundang kerana tidak ada pendiriaan. Kita seolah-olah masyarakat yang begitu mudah untuk diperkotak-katik dan terus diperalatkan . Ironinya, jalan penyelesaian kemudharatan ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang sanggup mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang muslimah.
Manisnya pernikahan kerana iman
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Akhirnya mereka bernikah. Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati mereka suami isteri."
Wednesday, 19 September 2012
Wednesday, 18 July 2012
Bulan cinta dan sayang..Oh Ramadhan..
eh..! gambar apa pulak nie..cuba tenogok dulu..
dah faham kan..bulan sya'aban dah tinggal 2 hari je..ok..,esti semua da bersedia nak berpuasa kan..kat sini Aishah ada sediakan niat untuk berpuasa..eh kenapa ada dua niat..?? sebenarnya dua2 tu adalah niat untuk berpuasa tapi 1 tu niat sebulan terus..kalau sape2 yang malas atau confious dah niat ke belum baik korang niat sebulan terus..senang kan... yang bawah tu niat untuk seharian...kalau Aishah la kan, aishah terus niat utntuk sebulan, bukan apa takut confious dah niat ke belum..asihh..!! macam dah tua je kan..hehe
Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
ok..done..!! SALAM RAMADHAN..
Sunday, 15 July 2012
Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul kesabaran mengajar erti kehidupan
Friday, 6 July 2012
Double Date..
ollaaaaaa.....
aisshhh..makin penuh sawang blog aishah sejak kebelakangan nie...
maklumla,,, da lama tak update apa-apakan..sorry la sayang..
bukan apa sejak tanam anggur yang tak menjadi nie makin malas jadinya..
ok...kali nie nak bercerita pasal double date yang aishah tak rancang pun sebenarnya,,hehe..
mula-mula camnie..kawan aishah si Azzim nie mesej aishah ajak keluar lepak..disebabkan memang tak ada buat apa-apa kat rumah so aishah setuju la..lagipun keluar ramai-ramaikan..seriusly, rindu giler kat member-member sekolah dulu..Alhamdulillah. persahabatan kitaorang masih kekal walaupun tinggal berjauhan..almaklumlah..lepas je spm semua da merantau..sebab tu la kitaorang bila je balik kampung mesti plan keluar sama-sama..walaupun sentiasa berhubung dalam facebook atau telefon..
Keesokkan harinya Azzim datang rumah aishah, macam biasala da macam mam besar lak..siap berjemput lagi..kalau nak tau azzim dengan aishah dah macam adik-beradik..kitaorg memang rapat..dah siap jemput aishah, kitaorang pergi rumah adik angkat aishah, yati a.k.a awek si azzim nie..selalunya kitaorang lepak kat jerantut je tapi bila kereta dia dah menghala ke temerloh barula dia bagitau nak pergi tengok wayang..aishah fikir kalau tengok mesti kat mentakab, kalau kat mentakab mesti dapat jumpa NURUL HIJAN SHAHMADDIN..bestfriend aishah kat kolej dulu..apalagi terus mesej Ijan..die pon on je..waa..excited giler,,lama dah tak jumpa sejak kitaorang habis study kat kolej dulu..tapi sebelum tu aishah dah tanya azzim boleh tak..yess!! dia bagi..memang sporting la..hehe
ok ni la bestfriend aishah sejak dari sekolah lagi..
ABDUL AZZIM ISMAIL..
sampai je kat Starmall member-member yang lain dah tunggu..hehe..wayang la pulak..
NURUL HIJAN SHAHMADDIN
penat jalan-jalan kat Starmall..walaupun tak bukak sepenuhnya tapi ok la..satu mall kitaorang pusing..
thanks la ijan sebab sudi luangkan masa dengan aku..:)
Friday, 25 May 2012
Sebahagian daripada hakikat cinta
Seringkali kita menyebut cinta, namun kita tidak akan mampu untuk mentafsirkan dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada diantara mereka tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sedihnya sekali lagi kita tertipu dengan "hakikat" ini, Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh dengan perasaan cinta. Mahu tidak mahu kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita sekali lagi kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang. Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya dengan penuh cinta dan kasih sayang.
Kita sayang dan cinta kepada ayah ibu. Lain cara kita menyayangi ayah, dan lain pula cara kita menyayangi ibu. Kita sayang kepada abang, dan kita cinta adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita menyintai B. bagi insan bernama lelaki. lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib tau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai Mee kari dan Spagheti, kek dan cupcake dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma wanita lebih gerun jika "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah dimatanya. Indah itu subjektif, begitu juga dengan cantik...
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang lemah. Seorang lelaki perlu melindungi seorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat. Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa dihati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat mendalam dan sangat subjektif. Jangan mengharap menjadi "yang satu" di hati, tetapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh diuji dan berubah.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hatikita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhanti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaan yang indah. Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati, cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita dengan tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ladi dari sebelum ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)













