Read more: http://bakul2011.blogspot.com/2012/04/tip-seo-1-title-blog-di-belakang-title.html#ixzz23OmLjOzU }

Followers

Monday 4 July 2011

3,2,1 CINTA...???


hye...lme jugak kan x update..maklum la busy sikit dengan test dan sukan ipts peringkat zon selatan..kali ni tie nak kongsi movie movie..pernah tak korang dengar tajuk 3,2,1 CINTA...cerita tentang apa tu..??tie pun tak tengok lagi cerita tu..kawan tie kata cerita tu seronok..betul ke..tie baru je download cerita ni..da tengok ke.??belum lagi la..tak sempak nak tengok intro pun lagi..ni pun baru baca sinopsis cerita nie..harap2 ok la..kat bawah ni tie nak kongsi sinopsis cerita 3,2,1 cinta..kalau nak tahu best ke kena la tengok sendiri..
baru la tahu seronok ke tak..


Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...